::. Laman Utama .::. Organisasi .::. Pelancongan .::.  Buletin .::. Galeri .::. Perjawatan .::. E-Mail .::

 

:: Tahniah & Syabas ::

Sekalung tahniah dan syabas kami ucapkan kepada para penyewa yang telah menjelaskan bayaran bagi tahun 2012. Pemberian sijil dan hamper ini merupakan fasa kedua untuk tahun 2012. Berikut merupakan senarai nama penerima;

1. Encik Wan Endut Bin Wan Man
2. Puan Rokiah Binti Mat Sohor
3. JKKK Kampung Salang
4. Encik Ahmad Pauzi Bin Abdullah
5. Encik Shahrul Rizan Bin Salleh
6. Encik Nazir Bin Abd. Razak
7. Persatuan Pengusaha Pelancong

 

Tahniah !! dan syabas di  ucapkan, Diharap lagi ramai penyewa yang akan menerima penghargaan pada masa akan datang.


:: Tahniah & Syabas ::

Penyampaian sijil penghargaan dan hamper kepada para penyewa yang telah berjaya menjelaskan bayaran sewa bagi tahun 2012. Berikut adalah antara penyewa-penyewa yang telah menerima sijil penghargaan dan hamper daripada Lembaga Pembangunan Tioman : -

1. Pn.Roosni bt Awang Chek
2. Pn.Rohayati bt Abdullah
3. Pn.Faizaitulmaili bt Awang Mat
4. Pn.Norazah bt Mohd Yaziz
5. Pn.Wan Noriza bt Wan Tahir
6. En.Abd Hafaz b. A.Hamid
7. En. Husaini Lim b. Abdullah
8. En. Suhaimi b. Ishak
9. En.Chandra a/l Supramaniam
10.En.Jamaluddin b. Bakar
11. En.Zainal b. Omar
12. En.Hashim b. Jab
13. Pn.Hapisah bt Abd Manan
14. Pn.Nur Aina bt Yusuf
15. En.Abdul Hadi b. Othman
16. En.Ahmad Pauzi b. Abdullah
17. En. Wan Endut b. Wan Man
18. Pn. Rokiah bt Mat Sohor
19. Koperasi Penduduk Tioman
20. JKK Kg. Salang

:: Majlis penerangan berkaitan penyakit Sarcocystis dan bekalan air Pulau Tioman ::

Orang ramai adalah dijemput untuk meghadiri taklimat diatas seperti ketetapan dibawah : -

Kg. Salang
Tarikh : 6/11/12
Masa : 4.00 petang
Tempat : dewan salang pusaka resort, kg. salang

Kg. Tekek
Tarikh : 7/11/12
Masa : 9.00 pagi
Tempat : dewan pertubuhan peladang, kg. tekek


:: Kawalan vektor @ Tioman ::

Bagi mengawal dan mencegah kejadian demam denggi dan penyakit bawaan vektor yang lain di Pulau Tioman, semburan fogging kali kedua bagi tahun 2012 telah dibuat pada 2 dan 3 Oktober yang lepas. Aktiviti fogging ini telah dilaksanakan oleh Lembaga Pembangunan Tioman dengan bantuan unit kawalan vektor Pejabat Kesihatan Daerah Rompin. Aktiviti fogging pada kali ini adalah meliputi kawasan di Kg. Genting dan tapak pelupusan sampah di Kg. Tekek.


:: Program Gotong-Royong Membersihkan Kawasan Penyimpanan Bot Di Sg. Tekek dan Air Antu, Kg. Tekek ::

Program gotong-royong ini dijalankan oleh Anggota Lembaga Pembangunan Tioman bersama-sama para pengusaha bot, JKKK & Belia Tekek, Anggota JPAM dan Jabatan Laut pada 26 September 2012. Seramai lebih kurang 40 orang yang telah menyertai program ini. Kerja-kerja yang terlibat adalah  Menyusun bot-bot dan kenderaan lain dengan kemas dan teratur,  Menyusun tong-tong minyak, tayar dan barangan yang berkaitan dengan bot dengan kemas serta  Membersihkan kawasan penyimpanan bot supaya bebas daripada sampah sarap.


:: Program Gotong-Royong Membersihkan Kawasan Bukit Dari Sempadan Berjaya Tioman Beach Resort Ke Sempadan Babura Resort ::

Program ini merupakan aktiviti tahunan di antara pihak Lembaga Pembangunan Tioman dan Pihak Berjaya Tioman Beach Resort bagi membersihkan kawasan laluan ke sempadan Berjaya. Seramai 30 orang telah menyertai aktiviti gotong-royong iaitu 15orang terdiri daripada anggota perkhidmatan Lembaga Pembangunan Tioman manakala 15 orang daripada anggota kerja Berjaya Tioman Beach Resort yang dilaksanakan pada 18 September 2012. Kerja-kerja yang dilakukan ialah membersihkan laluan kiri dan kanan jalan utama, trim pokok bunga hiasan di sepanjang laluan dan mencantas dahan-dahan dan ranting yang boleh menyebabkan bahaya kepada pengguna jalan.


:: MATTA FAIR PAHANG CHAPTER 2012 ::

Pada tahun ini, program MATTA FAIR PAHANG CHAPTER telah diadakan di Kuantan Parade pada 14 hingga 16 September. Keseluruhan booth yang disewa adalah sebanyak 29 buah. Selain Lembaga Pembangunan Tioman, antara lain yang menyertai adalah Tourism Malaysia, Bukit Gambang Resort City, Tourism Johor, Perbadanan kemajuan Bukit Fraser, Leisure Holiday, Malaysia Airlines dan lain- lain lagi. Majlis perasmian dilakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Warisan, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita Negeri Pahang, YB Dato’ Shafik Fauzan bin Haji Sharif pada 14 September jam 3.00 petang. Selain itu, sepanjang 3 hari program berlangsung pelbagai acara sampingan telah diadakan seperti pertandingan mewarna, kuiz pelancongan dan cabutan bertuah.[ Lagi berita bergambar...]


:: Royal Pahang Billfish International Challenge 2012 ::

KUALA ROMPIN, 14 - 16 September 2012 : Acara tahunan Royal Pahang Billfish International Challenge 2012 telah berlangsung dengan permulaan Majlis perlepasan Oleh Y.Bhg. Dato’ Mirza Mohammad Taiyab, Ketua Pengarah, Tourism Malaysia di Jeti Pantai Bernas, Kuala Rompin. Acara yang berlangsung selama dua hari itu diakhiri dengan Majlis Penyampaian Penutup dan penyampaian hadiah di Lanjut Golden Beach Resort, Kuala Rompin pada 16 September 2012. Pelbagai acara sampingan di sekitar Kampung Pantai Bernas untuk memeriahkan lagi suasana, diantaranya ialah sukaneka yang telah dikendalikan oleh JKK Kg. Pantai Bernas. Sebanyak RM 47,800.00 beserta hadiah sampingan daripada penaja telah dimenangi oleh peserta dari pelbagai negara seperti Malaysia, Australia, Singapura, Thailand dan Indonesia. [ galeri gambar Royal Pahang Billfish International Challenge 2012 ]


:: Jawatan Kosong ::

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon mengisi kekosongan jawatan Pemandu Kenderaan di Lembaga Pembangunan Tioman. Syarat dan Kelayakan adalah seperti berikut :- [ perjawatan ]


:: Bazar Ramadhan @ Tioman ::

7 Ogos 2012, 18 Ramadhan 1433 Hijrah : Sekitar Gerai Kompleks Terminal Kg. Tekek, Pulau Tioman


:: Aktiviti di Pulau Tulai::

7 Julai 2012 - Pulau Tulai, Tioman. Sempena program lawatan yang dianjurkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Warisan, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita Negeri Pahang, YB. Dato' Haji Shafik Fauzan Haji Sharif dengan kerjasama JKKK Gudang Rasau, Kuantan, Aktiviti gotong royong telah diadakan di Pulau Tulai disini dan seramai 40 orang telah terlibat dalam aktiviti tersebut. "Selamat Datang Ke Pulau Tioman dan Terima Kasih" di ucapkan kepada semua yang telah terlibat dalam aktiviti ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


:: Kerja-kerja membersihkan sisa tumpahan minyak di pantai kg. mukut ::

Kerja - kerja pembersihan sisa tumpahan minyak telah dijalankan oleh anggota TDA dengan bantuan Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Taman Laut pada 5 Julai 2012 yang lalu.

 

 


 

:: Gotong-royong membersihkan pantai pulau tulai bersama anggota JPS ::

29 Jun 2012, Program gotong royong bersama anggota JPS di Pulau Tulai.

 


:: Program gotong-royong di kawasan perkuburan semepna ekspedisi kayak kendiri belia ::

 

8 Jun 2012 - Kg. Tekek. Pulau Tioman

Program ini merupakan anjuran persatuan kayak bersama pihak JKKK Kg. Tekek. Seramai 60 orang telah terlibat dalam aktiviti gotong-royong ini yang mana penyertaannya terdiri daripada ahli-ahli persatuan kayak, anggota Maritim Malaysia, LPT, JKKK & Belia Tekek dan penduduk kampung.

 

 

 


:: Program taman laut bersama komuniti pulau tioman sempena hari laut sedunia ::

6 & 7 jun 2012 - Bertempat di Pusat Taman Laut,Pulau Tioman, Program ini telah dirasmikan oleh YB timbalan menteri sumber asli dan alam sekitar, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup. Seramai 100 orang penduduk kampung telah menghadiri program tersebut. Terdapat beberapa aktiviti yang dilaksanakan iaitu :-

  • ‘beach clean up’,
  • pembersihan terumbu karang (reef clean up) bersama-sama divers,
  • pertandingan melukis dan mewarna,
  • sukan rakyat , dan
  • persembahan kebudayaan marin.

Diantara tetamu jemputan yang hadir adalah wakil ADUN Tioman, En. Sharifuddin b. Jumaat, Penghulu mukim Tioman, Pengerusi JKKK Kampung di Pulau Tioman serta wakil-wakil setiap jabatan.

 


:: Sail Malaysia passage to the east 2012 ::

22 Mei 2012 - Sebanyak 26 buah kapal layar daripada UK, USA, Australia, Canada, New Zealand dan Scotland telah berlabuh di Pulau Tioman. Kedatangan para pelayar telah diraikan dengan aktiviti sukan rakyat bersama-sama penduduk kampung di Dataran Tioman, Kg. Tekek. 150 orang telah hadir dalam acara sukan rakyat iaitu 60orang dikalangan pelayar manakala 90 orang penduduk kampung. 6 acara  sukan telah dipertandingkan iaitu lari ikat kaki, boling kelapa, belon air, tarik tali, tiup gula-gula dalam tepung dan pancing botol.

 


:: Sultan Ahmad Shah Tioman International Eco Challenge 2012 ::

Acara Tahunan yang dianjurkan oleh SAS Eco Challenge Sdn. Bhd dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pahang ini di akhiri dengan Majlis Jamuan Bersama Rakyat, Persembahan Kebudayaan dan Acara Penyampaian Hadiah yang telah diadakan pada 12 Mei 2012 di Dataran Tioman, Pulau Tioman. Perasmian penutup telah diwakili oleh YB Kapten (B) Dato' Haji Mohd Johari bin Haji Hussain, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Tioman yang bermula pada jam 8.45 malam. Manakala seramai 206 oerang peserta telah memulakan pertandingan larian pada jam 8.00 pagi di Dataran Tioman. Majlis pelepasan ini telah di sempurnakan oleh Yang Mulia Lt. Kol. Tengku Dato’ Sri Kamarulzaman Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar, Pengerusi Acara Sultan Ahmad Shah Tioman International Eco-Challenge (SASTIEC) The 5th Race 2012.

Antara program sampingan yang telah diadakan ialah Program Jiwa Murni yang merupakan program pemeriksaan kesihatan oleh KOR Kesihatan Diraja Tentera Darat. Pada tahun ini, program ini telah diadakan di semua penempatan utama Pulau Tioman dan seramai 661 orang telah menjalani pemeriksaan kesihatan, 213 orang telah menjalani pemeriksaan pergigian dan 34 orang kanak-kanak telah selamat di khatankan.

Sepanjang acara ini juga, pameran oleh beberapa Angensi yang bertujuan untuk mempromosi sektor pelancongan serta kesedaran dan pendidikan kepada penduduk Tioman telah diadakan. Antara agensi yang terlibat ialah Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser sebagai agensi pelancongan Negeri Pahang, Universiti Malaysia Pahang, Tourism Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Suruhanjaya Pilihanraya, Bank Simpanan Nasional dan Agensi Antidadah Kebangsaan. Acara tahun ini juga turut melibatkan penduduk tempatan yang diberi peluang untuk membuka gerai perniagaan di sekitar tapak perasmian pertandingan ini.

Sekitar Acara SASTIEC 2012

 


:: Kerja-kerja mengangkut dan melupuskan sampah-sampah tidak luput ::

 

8 Mei 2012 - Aktiviti ini telah dilaksanakan oleh anggota TDA. Pengusaha-pengusaha chalet serta penduduk kampung dikehendaki mengumpulkan sampah tersebut di jeti kg salang dan dimasukkan ke dalam ‘slow bot’ untuk dibawa ke kg tekek bagi tujuan pelupusan. sampah-sampah yang tidak luput ini termasuklah besi buruk, tin-tin, barangan elektrik rosak dan lain - lain

 

 


 

:: Program Pemeriksaan ‘Star Rating’ hotel/ chalet di Pulau Tioman bersama-sama panel pemeriksa ::

 
 

10 – 12 April 2012 - Program ini bertujuan untuk memberikan taraf bintang / orkid kepada hotel & chalet di Sekitar Kg. Genting, Paya & Tekek, Pulau Tioman yang mana telah berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia. Panel Pemeriksa yang terlibat adalah dikalangan anggota Kementerian Pelancongan, TDA, Jabatan Bomba & Penyelamat Rompin, Jabatan Kesihatan dan NGO.

 

 

 

 

 

 


:: Program Mesra bersama Rakyat ::

8 April 2012 - Program mesra rakyat bersama Timb Menteri Kementerian Kemajuan Luar Bandar & wilayah anjuran Pejabat KEMAS Daerah Rompin bersama-sama penduduk di Pulau Tioman. Diantara aktiviti yang diadakan ialah sukan rakyat. Program tersebut telah diadakan pada jam 2 petang yang bertempat di persekitaran pantai Kg. Tekek, Pulau Tioman

 


:: Aktiviti Kebersihan dan Kesihatan Tioman ::

Pada tarikh 3 hingga 7 April 2012 yang lepas, aktiviti kebersihan dan kesihatan telah dijalankan bagi mengawal dan mencegah penyakit berjangkit serta mengekalkan kebersihan Pulau Tioman untuk keselesaan kepada para pelancong dan menarik perhatian pelancong untuk melawat ke Pulau Tioman. Untuk kawalan penyakit berjangkit semburan fogging telah dijalankan di Kg. Tekek. dan gotong royong pembersihan Pulau Tulai yang menjadi tumpuan pelancong untuk membuat aktiviti snorkeling telah dijalankan

kiri : Mengawal dan mencegah penyakit berjangkit (Foging di Kg. Tekek - 3 & 4 April )

Bawah : gotong royong di Pulau Tulai pada 7 April 2012

 


:: Program penenggelaman kapal maritim KM Sipadan di perairan Pulau Tioman ::

28/03/2012 - Pusat Taman Laut, Kg. Tekek, Pulau Tioman. Program ini telah dirasmikan oleh YB ADUN Pulau Tioman, Dato’ Mohd Johari Hussain. Penenggelam kapal ini merupakan kerjasama di antara Jabatan Taman Laut Malaysia bersama APMM bagi menjadikan kapal tersebut sebagai tukun di pulau pelancongan ini yang terkenal sebagai salah satu pusat menyelam yang terkenal didunia.

 


:: Kursus Pengendalian Makanan 2012::

Kursus yang diadakan pada 27 Mac 2012 itu telah berlangsung di Balairaya Kg. Genting & Pejabat TDA, Kg. Tekek. Tujuan asas kursus ini adalah untuk mendidik semua Pengendali makanan di Pulau Tioman kearah mengaplikasikan kepentingan kebersihan dan keselamatan semasa mengendalikan makanan kepada pelanggan.

Antara peserta yang hadir

 


:: Kebersihan dan keindahan di Tioman::
 
Aktiviti tebang pokok

Salah satu usaha yang sering dilaksanakan oleh Lembaga Pembangunan Tioman bagi mengekalkan kebersihan dan keindahan Pulau adalah dengan mengadakan aktiviti kebersihan seperti gotong royong. Pada bulan semasa, 6 – 9 Mac 2012, gotong-royong penebangan dahan-dahan pokok di laluan jalan utama di Kg. Tekek iaitu Laluan dari Mango Grove sehingga ke Peladang, Kg. Tekek telah dijalankan. Aktiviti ini dianggotai oleh anggota TDA bekerjasama dengan pihak TNB dan TM Pulau Tioman bagi menebang dahan-dahan pokok yang boleh membahayakan pengguna jalan serta penduduk kampung dan para pelancong.

Selain itu, kerja - kerja pembersihan oleh anggota Lembaga bagi menjaga kebersihan dan keindahan di kawasan tumpuan Kg. Salang telah juga diadakan pada 17 & 18 Mac 2012. Kerja-kerja pembersihan ini meliputi kawasan Kompleks Terminal Salang, Kg. Salang Pulau Tioman yang menjadi tumpuan utama para pelancong.

Kerja - kerja pembersihan oleh kakitangan Lembaga Pembangunan Tioman

 


:: Fogging di Tioman::

Kerja-kerja semburan nyamuk telah dijalankan oleh tenaga kerja Lembaga Pembangunan Tioman pada 8, 22 dan 23 Mac 2012 yang lepas. Aktiviti ini dijalankan secara berkala di 7 buah kampung di Pulau Tioman sebagai kawalan dan pencegahan daripada berlakunya demam denggi dan penyakit berjangkit yang lain.

Kerja - kerja fogging yang telah dijalankan