::. Laman Utama .::. Organisasi .::. Pelancongan .::.  Buletin .::. Galeri .::. Perjawatan .::. E-Mail .::

 

:: MALAYSIA WELCOMES THE WORLD: WE ARE THE HOST ::

Pada 12 November 2013, satu kursus bertajuk 'MALAYSIA WELCOMES THE WORLD: WE ARE THE HOST' telah dianjurkan oleh Pejabat Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan Negeri Pahang dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Tioman telah diadakan di Dewan Shahzan, Berjaya Tioman Resort sempena sambutan Tahun Melawat malaysia 2014. Kursus yang diadakan selama satu hari ini berjaya menarik minat 82 orang peserta yang datang dari pelbagai agensi kerajaan, swasta, pengusaha dan pekerja chalet/ hotel, restoran, pengusaha kedai cenderahati, serta orang ramai yang terlibat secara langsung di dalam industri pelancongan di Pulau Tioman ini. 


Selain memberikan kursus secara pembentangan slide, penceramah, Puan Izah Aisyah bt Mustapha Azam turut mengadakan pelbagai aktiviti secara berkumpulan dan individu sepanjang kursus tersebut. Tujuan utama kursus ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada semua pihak yang tinggal di Pulau Tioman tentang cara- cara meningkatkan mutu perkhidmatan dan layanan kepada pelancong serta mendedahkan tentang peluang- peluang meningkatkan sumber ekonomi kepada masyarakat yang tinggal di kawasan pelancongan. 

 

 

Lagi Berita Bergambar..


:: Kampen Kawalan Tikus ::

Satu gotong- royong sempena Kempen Kawalan Tikus telah diadakan di Air Terjun Kg. Asah. Acara ini diadakan pada 24 Ogos 2013 bermula jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Pelancaran gotong- royong ini dibuat oleh wakil YB DUN Tioman, Encik Zurkarnaini bin A. Hamid. Selain itu, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri Pahang, Tuan Haji Idros Yahya turut hadir.  Pelbagai agensi dan jabatan kerajaan serta wakil- wakil dari JKK setiap kampung, resort dan chalet berhampiran turut menyertai aktiviti ini. Antara yang terlibat adalah, JPAM, TNB, Poliklinik Komuniti Tekek, Persatuan Belia Tekek, Japamala Resort, Tunamaya Beach and Spa Resort, penduduk Kampung Mukut dan lain-lain.

Acara dimulakan dengan bacaan doa oleh Imam Masjid Kg. Mukut, seterusnya satu taklimat kesihatan berkaitan penyakit bawaan tikus turut diberikan oleh Doktor Amar dari Poliklinik Komuniti Tekek. Antara pengisian taklimat tersebut adalah berkenaan cara- cara pencegahan penyakit bawaan tikus atau penyakit kencing tikus (Leptospirosis), serta gejala- gejala yang dikesan apabila menghidapi penyakit tersebut.Selain gotong- royong di Air Terjun Kampung Asah, satu kempen menangkap tikus telah diadakan sepanjang minggu lalu iaitu dari 19 Ogos sehingga 24 Ogos. Sepanjang kempen tersebut sebanyak 8 ekor telah telah berjaya ditangkap oleh penduduk. Setiap tikus yang diperoleh akan dibayar sebanyak RM 3. Manakala, pada 23 Ogos pula aktiviti fogging turut diadakan di Kampung Mukut dan Japamala Resort. << Lagi berita bergambar >>
 

::Kempen Kawalan Tikus ::

Sempena dengan kempen ini. Lembaga Pembangunan Tioman telah menganjurkan aktiviti menangkap TIKUS di Pulau Tioman. Mana - mana individu yang berjaya menangkap tikus, mereka ini akan diberikan wang tunai sebanyak RM3 bagi seekor tikus yang telah berjaya ditangkap. Tikus-tikus yang ditangkap ini hendaklah dihantar ke Pejabat Lembaga Pembangunan Tioman cawangan Pulau Tioman atau pegawai LPT akan datang ke tempat tuan puan. Kempen bermula pada 19 hingga 24 Ogos 2013.

::MIDE 2013 ::

Pada 5 hingga 7 Julai yang lalu, Lembaga Pembangunan Tioman telah menyertai Malaysia International Dive Expo 2013 (MIDE2013) yang telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Bagi pameran kali ini, Lembaga telah membawa dua syarikat iaitu Azmi Dive Centre yang menjual pakej menyelam dan barangan kelengkapan bagi aktiviti menyelam dan luncur ombak. Manakala Damai Tioman Resort pula menjual pakej menyelam, penginapan chalet serta pakej Start In Tioman 2014. Acara ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelancongan Malaysia, Dato' Azizan Noordin pada jam 3.00 petang, 5 Julai 2013. << Sekitar MIDE 2013>>


:: Program Gotong Royong Membersih Kawasan Kubur Tanjung Saik ::

17 Jun 2013 - Terima kasih diucapkan kepada Kesatuan Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia Cawangan Negeri Pahang diatas program Khidmat Masyarakat dengan mengadakan Gotong Royong Tanah Perkuburan Tanjung Saik, Kg. Tekek, Pulau Tioman. Program anjuran bersama Lembaga Pembangunan Tioman, Kesatuan Penghulu Penggawa semenanjung malaysia cawangan negeri pahang dan JKKK Kg. Tekek tersebut telah bermula pada jam 5.oo petang yang dihadiri oleh anggota perkhidmatan LPT, ahli kesatuan dan ahli JKKK Kg. Tekek. << lagi berita bergambar>>


:: Sultan Ahmad Shah International Eco-Challenge 2013, Pulau Tioman, The Nature Race ::

Nantikan kemunculan acara bertaraf International ini pada ketetapan berikut :

Tarikh : 11 Mei 2013
Masa : Majlis Pelancaran / Pelepasan Peserta - 8.00 pagi
  : Majlis Penutup / Penyampaian Hadiah - 8.15 malam
Tempat : Dataran Tioman, Kg. Tekek, Pulau Tioman
Maklumat acara dan penyertaan boleh di dapati disini.

:: Bubble Camp 2013 ::

Program Bubble Camp 2013  telah diadakan di Damai Tioman Resort, Kampung Genting pada 25 hingga 28 Mac yang lalu. Program yang telah masuk tahun kedua ini merupakan sebuah program anjuran Syarikat Villagers Travel & Tours dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Tioman dan Tourism Malaysia Pahang yang berjaya menarik seramai 42 orang peserta pada tahun ini. Penyertaan peserta dihadkan dari umur 6 hingga 12 tahun. Para peserta terdiri dari pelajar- pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Tekek, beberapa sekolah rendah di Mersing dan beberapa pelajar dari Kuala Lumpur. Antara pengisian sepanjang program tersebut adalah ceramah alam sekitar, taklimat penjagaan hidupan laut oleh pegawai dari Pusat Informasi Taman Laut, penjagaan keselamatan diri semasa menjalankan aktiviti air, snorkeling, kembara hutan serta pengenalan kepada asas selam skuba dan percubaan menyelam. 


:: Iklan Jawatan Kosong ::

Jawatan :
1. Penolong Pegawai Penilaian W27
2. Juruteknik Mekanikal J17
Tarikh Tutup :15 Mac 2013

:: Pemeriksaan Kesihatan sempena program WINNING HEARTS & MIND: KEMBARA KE TIOMAN ::

Program yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Pahang dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangasa Kuantan ini telah diadakan di Kompleks Terminal Tekek bermula jam 8.00 pagi sehingga 1 tengahari pada 9 Mac 2013. Penduduk kampung berpeluang untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma ketika program tersebut berlangsung. Antara pemeriksaan yang diadakan adalah pemeriksaan berat badan, kandungan kolesterol dan lemak dalam badan, tekanan darah dan paras gula di dalam badan. Selain itu, acara senam robik kanak- kanak dan kuiz turut diadakan.


:: Bola Tampar Pantai Tioman ::

Satu pertandingan Bola Tampar Pantai Tertutup Tioman telah diadakan pada 2 dan 3 Mac 2013 di Pantai kampung Tekek. Acara ini adalah anjura Persatuan Belia Tekek dan disokong oleh Lembaga Pembangunan Tioman serta JKKK Kampung Tekek.  Acara yang berlangsung selama dua hari ini berjaya menarik minat 20 pasukan lelaki dan 7 pasukan wanita untuk masuk bertanding. Hadiah yang ditawarkan berupa wang tunai, trofi, medal dan hamper.  Selain itu, acara sukaneka turut diadakan untuk kanak- kanak berumur di bawah 12 tahun. Pertandingan menutip sampah juga telah diadakan selepas pertandingan bagi memastikan kawasan yang digunakan bersih selepas tamat acara yang dijalankan. Hadiah bagi kedua- dua pertandingan ini merupakan hamper dan wang tunai. Penduduk setempat juga mengambil peluang berniaga bagi memperoleh pendapatan sampingan sepanjang acara sukan ini berlangsung. Antara produk yang dijual adalah jersi, t-shirt, minuman, makanan ringan, sate, aneka jenis mee serta keropok lekor.
 

Lagi Berita Bergambar..


:: Lawatan Mangsa Banjir ::

Pada 05 Februari lalu, Dato Sri Dr. Ir Jamaluddin bin Jarjis, Ahli Parlimen Rompin bersama- sama YB DUN Tioman, Dato' Johari Bin Hussain telah melawat Pulau Tioman. Lawatan tersebut bertujuan untuk melawat mangsa banjir kilat di sekitar Kampung Tekek dan Kuarters Pekerja Berjaya Tioman Resort. Selain itu, sumbangan turut diberikan kepada kesemua mangsa yang terlibat. 


:: Tioman Surfing Event Vol. 2 ::

Acara Tioman Surfing Event Vol. 2 telah berlangsung pada 31 Januari hingga 2 Februari 2013 di Pantai Mentawak, Kampung Juara. Acara ini telah menarik penyertaan seramai 48 orang peserta dari dalam dan luar negara. Tiga orang peserta dari luar negara masing- masing berasal dari Singapura, Brazil dan German. Seramai 16 peserta merupakan penduduk tempatan dan selebihnya dari serata Malaysia seperti Kuantan, Johor dan Kuala Lumpur.

Acara ini telah dirasmikan oleh YB DUN Tioman, kapten Bersara Dato'  Haji Mohd. Johari Bin Hussain. Bagi majlis penutup dan penyampaian hadiah pula, Tuan haji Idros Yahya, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Pahang telah sudi meluangkan masa bagi merasmikan dan seterusnya menyampaikan hadiah.

Berikut merupakan senarai pemenang bagi setiap kategori " Taniah kepada Para Pemenang" :-

Masters Open
1. Art - Kuantan
2. Meng- Kuantan
3. Lala Loco- Johor
4. Tom- Tioman
Mens Open
1. Didaq- Cherating
2. Sammy- Cherating
3. Mamat- Cherating
4. Botak- Tioman
Womens Open
1. Yasika- Kuala Lumpur
2. Azleen- Kuala Lumpur
3. Andrea- German
4. Haliaa- Kuantan

Selain itu, acara sampingan bagi memeriahkan pertandingan ini turut diadakan. Antaranya ialah, pertandingan melukis dan mewarna, kuiz berkaitan hidupan laut, pameran kesedaran oleh Reef Check dan Juara Turtle Project. Penduduk Kampung Juara juga turut memanfaatkan acara ini dengan membuka gerai- gerai jualan makanan dan minuman bagi menambahkan pendapatan mereka. [Lagi berita bergambar ...]