::. Laman Utama .::. Organisasi .::. Pelancongan .::.  Buletin .::. Galeri .::. Perjawatan .::. E-Mail .::

:: Aktiviti kebersihan dan penyelenggaraan di Kompleks Terminal Salang, Kg. Salang ::

Bahagian Perbandaran Dan Kerajaan Tempatan (BKT) sentiasa memantau kawasan-kawasan di sekitar Pulau Tioman supaya berada dalam keadaan bersih dan indah sebagai destinasi pelancongan yang terkenal dikalangan pelancong. Sehubungan itu, Unit Tindakan Khas, BKT telah melaksanakan aktiviti kebersihan dan penyelenggaraan di bangunan dan kawasan sekitar Kompleks Terminal Salang, Kg. Salang baru-baru ini. Aktiviti ini telah dijalankan pada 23 – 24 September 2014 yang melibatkan tugas-tugas seperti berikut:

a)
Mesin rumput, mencakar daun-daun kering dan membersihkan bangunan Kompleks Terminal 
Salang dan kawasan sekitarnya.
b)
Mengganti dan membaikpulih saluran paip sisa makanan yang pecah di bangunan kompleks.
c)
Mencabut dan membuang saluran air hujan yang tidak digunakan di bangunan kompleks.
d)
Kerja-kerja semburan asap (fogging) di sekitar Kg. Salang kali kedua bagi tahun 2014.

kerja-kerja kebersihan dan membaikpulih saluran paip sisa makanan yang pecah di bangunan kompleks

:: Aktiviti kawalan penyakit oleh Lembaga Pembangunan Tioman ::

Dalam usaha bersama oleh Lembaga Pembangunan Tioman bagi memastikan Pulau Tioman bebas daripada penyakit bawaan vektor, satu aktiviti kawalan lalat telah dijalankan di Tapak Insinerator, Kg. Tekek pada 9 & 12 September yang lalu. Kawalan lalat tersebut bertujuan memusnahkan populasi telur-telur dan lalat dewasa yang semakin bertambah. Aktiviti ini juga dilaksanakan mengikut keperluan dari semasa ke semasa bagi mengelakkan berlakunya kejadian penyakit berjangkit di Pulau Tioman.

Semburan yang telah di jalankan di tapak Insinerator Kg. Tekek, Pualau Tioman

 

:: KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN BAGI TAHUN 2014::

Bahagian Perbandaran Dan Kerajaan Tempatan, BKT telah menganjurkan Kursus Pengendalian Makanan bagi tahun 2014 dengan kerjasama daripada pihak Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) “Food Safety Solution”. Kursus ini telah dilaksanakan pada 6 Ogos 2014 di Kg. Genting dan 7 Ogos 2014 di Kg. Tekek. Seramai 36 orang telah menghadiri kursus ini, masing-masing 20 orang di Kg. Genting dan 16 orang di Kg. Tekek. Sijil penghargaan kursus telah diberikan kepada peserta-peserta yang telah berjaya menamatkan kursus.

:: Program sentuhan hijau pembersihan pantai dan terumbu karang Taman Laut Tioman ::

24 - 26 JUN : Program ini telah dianjurkan oleh KPDNKK, GIANT dan UNITEN bersama LPT, JKKK Kg. Tekek dan Agensi-agensi Kerajaan di Pulau Tioman. Beberapa aktiviti telah dijalankan di sepanjang program tersebut diantaranya ialah mengadakan gotong royong di sepanjang pantai Kg. Tekek dan pembersihan pantai Pulau Tulai serta acara mini explorace alam sekitar bersama pelajar UNITEN. Program ini telah dirasmikan oleh TKSU KPDNKK. Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan kesedaran kepentingan alam sekitar.

Aktiviti yang telah diadakan di sepanjang program berlangsung

:: 13 - 14 Mei : Sail Malaysia Passage To The East Yacht Rally 2014 ::

Pulau Tioman merupakan hentian ketiga selepas Rally ini bermula dari Danga Bay Marina, Johor Bahru dan seterusnya Putera Harbour Marina, Nusajaya. Pada tahun ini sebanyak 22 buah kapal layar dengan 44 orang peserta telah singgah di perairan Tioman bagi menyertai Rally ini. Acara yang dijalnkan selama dua hari ini turut melibatkan penyertaan penduduk tempatan iaitu semasa berlangsungnya sukaneka di Dataran Tioman. Pada hari kedua, kembara hutan diadakan bermula dari kampung Tekek melalui trek hutan ke Kampung Juara. Dua orang pemandu pelancong ditugaskan untuk membawa para peserta ini. <<Berita Bergambar >>

:: 8 - 10 Mei : Sultan Ahmad Shah Tioman International Eco Challenge ::

Penganjuran SASTIEC 2014 pada tahun ini telah menarik minat 127 orang peserta dari dalam dan luar negara. Seramai 116 peserta dari Malaysia manakala 11 orang peserta antarabangsa yang terdiri dari;

  • Kenya – 8 orang
  • Singapura – 1 orang
  • Republik Chezh – 1 orang
  • Amerika – 1 orang

Selain acara larian ekopelanconagn tersebut, beberapa acara lain telah dijalankan bagi memeriahkan penganjuran SASTIEC 2014 iaitu

  • Pertandingan karaoke Terbuka Tioman
  • Sukan Rakyat
  • Jamuan Rakyat
  • Perkhidmatan perubatan ‘ Jiwa Murni”

Beberapa peniaga yang terdiri dari penduduk tempatan telah mengambil peluang untuk berniaga sepanjang acara berlangsung dari 8 Mei hingga 10 Mei. Antara produk jualan mereka adalah makanan, minuman dan pakaian.<< Berita Bergambar >>

 

:: PROGRAM GOTONG- ROYONG TAUTAN MAHABBAH UKHWAH ANTARA JKKK TEKEK, LEMBAGA PEMBANGUNAN TIOMAN, JAWATANKUASA MASJID TEKEK SERTA MASJID TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN, PUTRAJAYA ::

Pada 30 Mac yang lalu satu program gotong royong telah diadakan di Masjid lama Kampung Tekek serta kawasan pantai berhampiran. Program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Masjid Tengku Mizan Zainal Abidin Putrajaya dan Jawatankuasa Masjid Kampung Tekek dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Tioman ini telah disertai oleh penduduk kampung sekitar Kampung Tekek dan Air Batang, Pulau Tioman

 

:: Tioman Surfing 2014 ::

Acara Tioman Festival 2014 atau lebih dikenali dengan nama Tioman Surfing Event telah diadakan pada 30 Januari hingga 1 Februari yang lalu. Acara pada tahun ini telah memasuki tahun keempat penganjurannya. Tioman Festival ini diadakan di Pantai Mentawak, Kampung Juara, Pulau Tioman. Pada tahun ini, seramai 67 orang peserta telah mendaftar untuk memasuki pertandingan tersebut. Seramai 53 peserta adalah warganegara Malaysia manakala selebihnya adalah seorang dari Australia, 2 orang dari USA, 7 orang dari Maldives, seorang dari Singapura, 2 orang dari German dan seorang dari Brazil.  

Acara ini dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu, Master Open Surfing Category, Stand Up Paddle Race, Bodyboards Open Category, Womesn Open Category (surfing) dan Mens Open Category (surfing). Sepanjang 3 hari cara ini berlangsung, terdapat juga acara- acara sampingan lain iaitu pertandingan tarik tali terbuka, pertandingan bola tampar pantai, pertandingan mewarna kanak- kanak dan pameran pendidikan oleh Kolej Komuniti Pekan.  Peniaga- peniaga tempatan juga mengambil peluang menjual pelbagai produk seperti makanan, pakaian dan aksesori sepanjang berlangsungnya acara ini.

  

 

:: Sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014 @ Tioman ::

Satu Sambutan Sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 telah diadakan di Lapangan Terbang Tekek, Pulau Tioman pada 01 Januari 2014. Sambutan yang diadakan ini melibatkan pelbagai jabatan kerajaan dan lain- lain antaranya pihak Lembaga Pembangunan Tioman sendiri, Tourism Malaysia Pahang, Jabatan Penerbangan Awam, Jabatan Imigresen, Malaysia Airports Berhad, Berjaya Air, Berjaya Tioman Resort, Tunamaya Resort, Persatuan Belia Tekek dan JKKK Tekek. Persembahan yang diketengahkan untuk pelancong yang tiba dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Subang pada hari tersebut adalah silat dan kompang. Selain itu, juadah kuih muih tradisional turut dihidangkan kepada semua. 'Goodies bag' turut diberikan kepada pelancong sumbangan dari Tourism Malaysia Pahang, Berjaya Air dan Tunamaya Resort. Seramai 24 orang pelancong yang mendarat dari Pesawat Berjaya Air, manakala 5 orang dari pesawat peribadi.

 

   

Hak Cipta © Lembaga Pembangunan Tioman
Ibu pejabat : No. 1&2, Jalan Endau Rompin, Tanjong Gemok, 26820 Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur No. Tel : 609-4133171 ; No. Fax : 09-41331789

Cawangan Tioman : Kg Tekek, Pulau Tioman 26800 Rompin Pahang Darul Makmur
No. Tel : 609-4191 242 ; No. Faks : 609-4191 394

E-mail : tda@tioman.gov.my