::. Laman Utama .::. Organisasi .::. Pelancongan .::.  Buletin .::. Galeri .::. Perjawatan .::. E-Mail .::

:: Kursus Pengendali Makanan 2015 Anjuran Lembaga Pembangunan Tioman Bersama “Food Safety Solution ::

Lembaga Pembangunan Tioman telah menganjurkan Kursus Pengendali Makanan bagi tahun 2015 dengan kerjasama daripada Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, “Food Safety Solution”. Kursus ini telah dijalankan di dua lokasi iaitu di Paya Beach Resort dan Pejabat Lembaga Pembangunan Tioman masing-masing pada 3 & 4 September 2015. Seramai 47 orang pengendali makanan di Pulau Tioman telah menghadiri kursus tersebut. Kursus ini bertujuan untuk memberi pengetahuan dan mendidik para pengendali makanan dalam mengendalikan makanan dengan bersih dan selamat.

 

:: LAWATAN PEMANTAUAN DAN PENILAIAN KE ATAS PROJEK “INTEGRATED VERMIN-AD TECHNOLOGY IN MANAGING FOOD WASTE FOR IMPROVEMENT OF COMMUNITIES LIVELIHOOD IN PULAU TIOMAN” ::

Pihak Lembaga Pembangunan Tioman telah menerima kunjungan dan lawatan daripada dua orang penilai iaitu seorang wakil dari Pusat Pengajian Kemanusiaan, USM, Prof. Dr. Wan Ruslan Ismail dan seorang wakil dari Green Leaf Synergy Sdn Bhd, En. Ramlan Ali untuk memantau dan menilai kerja-kerja bagi Projek Pengkomposan Vermi di Pulau Tioman pada 25 Ogos 2015. Projek ini merupakan Program  Pemindahan Ilmu oleh UPM dengan kerjasama Pihak Lembaga yang bermula pada bulan Mei 2014 dan kini telah memasuki fasa promosi sebagai produk pelancongan di Pulau Tioman seterusnya akan dikembangkan lagi supaya ianya berterusan bagi memelihara dan memulihara ekosistem di pulau ini. <<berita bergambar>>

:: Tioman @ Malaysia International Dive Expo 2015 ::

Kepada yang berminat untuk menyertai acara Start In Tioman 2015 - Diver Festival bolehlah membuat pendaftaran awal di Malaysia International Dive Expo (MIDE2015), PWTC, KL di booth Tioman Development Authority- A053

:: Piala Malaysia dan Piala FA di Tioman ::

Diatas hasil usaha bersama YB DUN Tioman, Dato' Haji Johari bin Hussain, sambutan serta perarakan sempena kemenangan pasukan Tok Gajah dalam perlawanan bola sepak Piala Malaysia dan Piala FA bagi tahun 2014 telah diadakan di Pulau Tioman. Sambutan yang telah berlangsung di Kg. Genting pada 16 Mac 2015 jam 9.00 pagi manakala sambutan perarakan di sepanjang jalan Kg. Tekek telah diadakan pada 17 Mac 2015 bermula pada jam 10.00 pagi. Cik Puan Muda serta anak-anak telah turut bersama dengan penduduk Kampung berarak pada acara tersebut. Tahniah diucapkan kepada pasukan Tok Gajah..

Sepanjang Sambutan

:: Tioman SurFestival 2015 ::

Tahniah kepada semua pemenang!!!

Acara telah berlangsung pada 29 - 31 Januari 2015 di Kg. Juara, Pulau Tioman. Beberapa acara sampingan yang telah diadakan iaitu speed climb, tarik tali dan peraduan mewarna kanak-kanak. Terdapat juga pameran daripada Kolej Komuniti dan Tourism Pahang di sepanjang acara diadakan. Terima kasih kepada Tourism Malaysia, Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Negeri Pahang, Polis Diraja Malaysia, Polis MARIN, MARITIM, JPAM, Bomba, Kesihatan Malaysia, JKKK Juara, Persatuan belia Kg. Juara dan lain - lain agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan acara ini.. << lagi berita bergambar >>

 

   

 

Hak Cipta © Lembaga Pembangunan Tioman
Ibu pejabat : No. 1&2, Jalan Endau Rompin, Tanjong Gemok, 26820 Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur No. Tel : 609-4133171 ; No. Fax : 09-41331789

Cawangan Tioman : Kg Tekek, Pulau Tioman 26800 Rompin Pahang Darul Makmur
No. Tel : 609-4191 242 ; No. Faks : 609-4191 394

E-mail : tda@tioman.gov.my