::. Laman Utama .::. Organisasi .::. Pelancongan .::.  Buletin .::. Galeri .::. Perjawatan .::. E-Mail .::

 

:: Majlis Anugerah Perkhidmatan Camerlang ::

20 September 2016, Syabas dan Tahniah diucapkan kepada 11 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang telah di nilai pada tahun 2013, 2014 dan 2015. Penyampaian anugerah ini telah di sampaikan oleh YB. Dato' Sri Maznah Binti Mazlan selaku wakil rasmi kepada YAB Menteri Besar Pahang. Majlis tersebut telah diadakan di Lanjut Beach Resort, Kuala Rompin Pahang. Turut hadir sama adalah Y.H Dato’ Setia Wangsa Pahang
Dato’ Mustafa Bin Abu Bakar yang merupakan Ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Pembangunan Tioman dan juga wakil daripada pejabat SUK Pahang iaitu Dato Noorzila binti Manaf, Setiausaha Bahagian Sumber Manusia.

Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2013,2014 dan 2015

 

 

:: Aktiviti Semburan Kabus (Fogging) Bagi Kawalan Dan Pencegahan Penyakit Berjangkit Di Kg. Tekek, Pulau Tioman ::

Pada 28 hingga 31 Mac 2016, Pihak Lembaga Pembangunan Tioman (TDA) telah melaksanakan aktiviti semburan kabus (fogging) kali pertama di sekitar Kg. Tekek, Pulau Tioman. Aktiviti ini dibuat secara berjadual iaitu dua kali setahun untuk mengawal dan mencegah kejadian penyakit berjangkit sepeti demam denggi, cikungunya dan lain-lain.

:: Program Gotong-Royong Pembersihan Tumpahan Minyak di Pantai Pasir Panjang, Pulau Tulai, Pulau Tioman ::

Pada 31 Mac 2016, Pihak Lembaga Pembangunan Tioman (TDA) dengan kerjasama daripada anggota Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) telah melaksanakan aktiviti gotong-royong pembersihan tumpahan minyak di Pantai Pasir  Panjang, Pulau Tulai. Aktiviti ini dilaksanakan bagi menjaga dan memelihara keindahan Pantai Pulau Tulai sebagai salah satu kawasan pelancongan yang terkenal di Malaysia.

Gambar sebelum dan selepas aktiviti
kawasan Pantai Pasir Panjang, Pulau Tulai akibat tumpahan minyak

Aktiviti pembersihan yang sedang dijalankan

 

28 Jannuari 2016 : Selamat Datang dan Selamat Kembali kepada semua peluncur dari dalam dan luar negara untuk bersama dalam acara Tioman Surfestival 2016.

 

   

 

Hak Cipta © Lembaga Pembangunan Tioman
Ibu pejabat : No. 1&2, Jalan Endau Rompin, Tanjong Gemok, 26820 Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur No. Tel : 609-4133171 ; No. Fax : 09-41331789

Cawangan Tioman : Kg Tekek, Pulau Tioman 26800 Rompin Pahang Darul Makmur
No. Tel : 609-4191 242 ; No. Faks : 609-4191 394

E-mail : tda@tioman.gov.my