::. Laman Utama .::. Organisasi .::. Pelancongan .::.  Buletin .::. Galeri .::. Perjawatan .::. E-Mail .::

CUKAI TAKSIRAN AM (CTA)

Pengenalan
Cukai Taksiran Am adalah cukai yang dikenakan kepada semua “pegangan” atau hartanah berkadar yang ada di Kawasan Operasi Lembaga Pembangunan Tioman (TDA). Secara ringkas “pegangan” (Seksyen 2, Akta Kerajaan Tempatan 1967) bermaksud harta iaitu tanah yang ada atau tidak ada bangunan di atas atau bawahnya. Juga dikenali sebagai Assessment Rate atau Cukai Pintu. Bangunan-bangunan milik Kerajaan (Negeri dan Persekutuan) dan Badan Berkanun juga dikenakan Cukai Taksiran Am tetapi ia dikenali sebagai Sumbangan/Caruman Membantu Kadar (SMK).

Akta
Kuasa untuk mengenakan Cukai Taksiran Am adalah selaras dengan peruntukan Seksyen 127, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Mengapa Cukai Taksiran Am Dikenakan?
Cukai Taksiran Am dikenakan untuk membiayai kos operasi; kos pengurusan perkhidmatan seperti penyelenggaraan, pemotongan rumput dan pengurusan sampah; bayaran bil utiliti untuk kegunaan awam termasuk lampu-lampu jalan; dan lain-lain perbelanjaan dalam menguruskan kawasan operasi untuk kemudahan dan keselesaan penduduk Pulau Tioman.

Bagaimana Cukai Taksiran Am Ditentukan?

  1. Cukai Taksiran Am berdasarkan kepada “Nilai Tahunan” harta tersebut dan dikira mengikut kadar masing-masing seperti yang telah ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri Pahang pada tahun 2005 dan rayuan tidak boleh dibuat terhadapnya.

  2. Nilai Tahunan untuk bangunan didefinasikan sebagai anggaran sewa kasar untuk setahun bagi sesuatu pegangan harta. Setiap pegangan mempunyai “nilai sewa” tanpa mengira pegangan tersebut diduduki sendiri, disewakan ataupun ditinggalkan kosong kerana gagal disewakan. Manakala tanah kosong dan tanah yang belum dimajukan sepenuhnya, Nilai Tahunan adalah 10% dari Nilai Pasaran Tanah.

 


CUKAI TAKSIRAN AM = NILAI TAHUNAN x KADAR %

 

 ​ ​​CONT​OH PENGIRAAN CUKAI TAKS​IRAN​

​Kategori Jenis Pegangan​

​:

​Kediaman

​Luas Bangunan

​:

​143.85 mp

​Anggaran Sewa smp

​:

​RM 3.00 smp

​Anggaran Sewa Kasar Setahun

​:

​143.85 mp x RM 3.00 smp = RM 431.55

​Anggaran Sewa

​:

​RM 400.00 x 12

​Nilaian Tahunan

​:

RM 4,800.00

​Kadar

​:

​4.5 %

​Cukai Taksiran Am Setahun

​:​

​RM 216.00

​Cukai Taksiran Am Sepenggal​​

​:

​RM 108.00​

 

Kadar​
Str​uktur kadar yang dikuatkuasa sekarang adalah kadar yang berbeza-beza mengikut jenis pegangan. Kadar-kadar yang dikuatkuasakan bagi tahun 2005 mengikut peruntukan Seksyen 127 dan 129, Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171) adalah seperti berikut :

Jenis Pegangan

Kadar (%)

Kediaman 1

6.5 %

Kediaman 3

4.5 %

Perniagaan

5.5 %

Perindustrian

8.5 %

(Sumber : Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171): Kadar-Kadar Tahunan Yang Disatukan, SUK.PHG.(KT)/2.38 JLD.6, 2005)

 

Tempoh Bayaran
Cukai Taksiran Am perlu dibayar dua (2) kali setahun, iaitu pada :-

  • Penggal Pertama - 1 Januari Hingga 28 Februari.
  • Penggal Kedua - 1 Julai Hingga 31 Ogos

Sekiranya pemilik ingin membayar cukai setahun mereka bolehlah membayar sebelum 28 Februari bagi tahun berkenaan.

Pembayaran Secara Ansuran
Cukai Taksiran Am boleh dibayar secara ansuran sekiranya jumlah cukai dalam jumlah yang besar. Surat permohonan boleh dihantar ke Lembaga dan akan menetapkan jumlah ansuran bulanan yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.

Tindakan Ingkar Patuh
Sekiranya Cukai Taksiran tidak dijelaskan dalam tempoh yang ditetapkan, anda boleh dikenakan tindakan-tindakan tersebut:- 

1. Notis Denda (Borang​​ E)

Mengikut Seksyen 147 (1), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), Notis Denda (Borang E) akan dikeluarkan supaya anda menjelaskan tunggakan dalam tempoh 15 hari. Denda yang dikenakan adalah sebagaimana berikut:
KOD DENDA

Amaun Tunggakan

Denda

RM 1.00 – RM 100.00

RM 2.00

RM 100.01 – RM 200.00

RM 3.50

RM 200.01 – RM 300.00

RM 5.00

RM 300.01 – RM 400.00

RM 6.50

RM 400.01 – RM 500.00

RM 8.00

RM 500.01 – RM 600.00

RM 10.00

RM 600.01 – RM 700.00

RM 12.00

RM 700.01 – RM 800.00

RM 14.00

RM 800.01 – RM 900.00

RM 16.00

RM 900.01 – RM1,000.00

RM 18.00

RM 1,000.01 - ∞

+2.00 %

2. Waran ​(Borang F)

Sekiranya dalam tempoh 15 hari anda masih gagal menjelaskan tunggakan, waran tahanan dalam Borang F akan dikeluarkan.

3. Inventor​​i (Borang G)

Pengeluaran waran membolehkan Lembaga membuat inventori/senarai dalam Borang G mengenai segala harta alih yang ditahan dalam harta/premis yang senilai dengan jumlah tunggakan. Sekiranya dalam tempoh tiga (3) hari tunggakan tidak dijelaskan, harta tersebut akan disita dan dijual melalui lelongan awam.

4. Mena​​han dan Menjual Harta (Borang H)

Sekiranya jumlah tun​ggakan melebihi nilai harta alih, Borang H akan ditampal di suatu tempat yang mudah dilihat pada harta dan tindakan sivil di Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan perintah jualan akan dijalankan.

5. Tindakan Undang-Undang

Tindakan mahkamah untuk melelong harta tak alih​ adalah berdasarkan peruntukan Seksyen 151, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Segala kos guaman dan kos tindakan akan ditanggung sepenuhnya oleh pemilik dan akan dituntut sebagai sebahagian daripada tunggakan.​

Pengecualian Membayar Cukai Taksiran Am
Pengecualian daripada dikenakan Cukai Taksiran Am sekiranya pegangan digunakan semata-mata berdasarkan peruntukan Seksyen 134, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) :- 

(a) Sebagai tempat awam untuk sembahyang;
(b) Sebagai tanah perkuburan atau krematorium awam yang berlesen;
(c) Bagi sekolah awam;
(d) Sebagai tempat awam bagi maksud khairat atau bagi maksud sains, sastera atau seni halus

dan bukan untuk mendapatkan keuntungan wang, Pihak Berkuasa Negeri boleh, menurut budi bicaranya, mengecualikan pegangan itu atau mana-mana bahagian pegangan itu dari pembayaran apa-apa kadar.

Cara Bayaran​
Pembayaran bagi Cukai Taksiran Am boleh dibuat di ketetapan seperti di bawah:-

1. ​Kaunter Bayaran Lembaga

    • ​Kaunter Bayaran Lembaga, Kampung Tekek.
    • Unit Kewangan Lembaga, Tanjung Gemok.

      Masa kaunter bayaran :-
      Isnin – Khamis          8.30 pagi – 4.00 petang
      Jumaat                        8.30 pagi – 12.00 tengahari, 2.45 petang – 4.00 petang

2. Bank

    • ​​Bank Simpanan Nasional (06100-29-00033006-1)
    • Maybank (556039056851)

    *Pembayaran dalam talian adalah di atas nama Lembaga Pembangunan Tioman. Sebarang pembayaran secara talian perlu dimaklumkan kepada Unit Kewangan Lembaga, Tanjung Gemok (09-4133175).