::. Laman Utama .::. Organisasi .::. Pelancongan .::.  Buletin .::. Galeri .::. Perjawatan .::. E-Mail .::

SOALAN-SOALAN LAZIM (FAQ)

BILAKAH LEMBAGA PEMBANGUNAN TIOMAN DITUBUHKAN?

Lembaga Pembangunan Tioman telah ditubuhkan pada 19 November 1997 di bawah Enakmen Bil. 7/1997 oleh Kerajaan Negeri Pahang.

APAKAH FUNGSI LEMBAGA PEMBANGUNAN TIOMAN?

  • Melaksanakan segala fungsi Kerajaan Tempatan di dalam Kawasan Lembaga Pembangunan Tioman;
  • Memajukan, menggalakkan, memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam Kawasan Lembaga Pembangunan Tioman;
  • Memajukan dan menggalakkan Kawasan Lembaga Pembangunan Tioman sebagai kawasan bebas duti;
  • Memajukan, menggalakkan, memudahkan dan mengusahakan pembangunan infrastruktur serta juga pembangunan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan komersil dalam Kawasan Lembaga Pembangunan Tioman;
  • danMengawal dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang tersebut dalam perenggan (b), (c) dan (d) dalam Kawasan Lembaga Pembangunan Tioman.

BERIKAN AKTIVITI K PELANCONGAN DI BAWAH KERJASAMA PENGURUSAN LEMBAGA PEMBANGUNAN TIOMAN?

  • Sultan Ahmad Shah Tioman Eco Challenge
  • Royal Pahang Billfish International Challenge
  • Tioman Surfing Event
  • Kids Scuba Camp
  • Start in Tioman
  • Sail Malaysia Passage To The East

DIMANAKAH KAWASAN PENTADBIRAN LEMBAGA PEMBANGUNAN TIOMAN?

Kawasan pentadbiranya meliputi 21 buah pulau diperairan daerah Rompin termasuk Pulau-pulau Taman Laut, Pulau-pulau Bebas Cukai dan sebuah destinasi pelancongan yang terkenal di dunia iaitu Pulau Tioman.

BILAKAH PULAU TIOMAN TELAH DIBERI STATUS PULAU BEBAS CUKAI?

Pulau Tioman telah diwartakan sebagai Pulau bebas cukai pada 18 Ogos 2002 dan berkuatkuasa pada 1 September 2002.

 

Hak Cipta © Lembaga Pembangunan Tioman
Ibu pejabat : No. 1&2, Jalan Endau Rompin, Tanjong Gemok, 26820 Kuala Rompin, Pahang Darul Makmur No. Tel : 609-4133171 ; No. Fax : 09-41331789

Cawangan Tioman : Kg Tekek, Pulau Tioman 26800 Rompin Pahang Darul Makmur
No. Tel : 609-4191 242 ; No. Faks : 609-4191 394

E-mail : tda@tioman.gov.my