PROGRAM PEMERKASAAN ANTI RASUAH DAN MAJLIS IKRAR BEBAS RASUAH (IBR) PERINGKAT PULAU TIOMAN, ROMPIN, PAHANG DARUL MAKMUR
TARIKH : 16 JULAI 2024, SELASA
MASA : 08.30 PAGI – 12.00 T/HARI
TEMPAT : DEWAN PAPAYA RESORT, KAMPUNG TEKEK, PULAU TIOMAN
16 Julai 2024, Selasa : Lembaga Pembangunan Tioman telah berjaya melaksanakan Program Pemerkasaan Antirasuah Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang bertempat di Dewan Papaya Resort, Kampung Tekek, Pulau Tioman. Program ini juga dihadiri oleh Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Tioman, Pengarah SPRM Negeri Pahang dan semua warga kerja Lembaga Pembangunan Tioman serta wakil anggota perkhidmatan daripada 23 jabatan/ agensi kerajaan di Pulau Tioman.
Bacaan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) telah diketuai oleh Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Tioman, YH. Dato’ Haji Idros bin Yahya diikuti semua hadirin yang hadir.
Ikrar Bebas Rasuah (IBR) mula diperkenalkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tahun 2017. IBR memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang merupakan self declaration dibuat oleh pimpinan organisasi dan warganya secara sukarela atas kapasiti individu untuk memastikan setiap individu yang menandatangani ikrar lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah sepanjang mereka memegang jawatan tersebut.