TIOMAN

LAMAN WEB RASMI
LEMBAGA PEMBANGUNAN TIOMAN

Soalan Lazim

Lembaga Pembangunan Tioman telah ditubuhkan pada 19 November 1997 di bawah Enakmen Bil. 7/1997 oleh Kerajaan Negeri Pahang.

  • Melaksanakan segala fungsi Kerajaan Tempatan di dalam Kawasan Lembaga Pembangunan Tioman;
  • Memajukan, menggalakkan, memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam Kawasan Lembaga Pembangunan Tioman;
  • Memajukan dan menggalakkan Kawasan Lembaga Pembangunan Tioman sebagai kawasan bebas duti;
  • Memajukan, menggalakkan, memudahkan dan mengusahakan pembangunan infrastruktur serta juga pembangunan tempat tinggal, pertanian, perindustrian dan komersil dalam Kawasan Lembaga Pembangunan Tioman;
  • dan Mengawal dan menyelaraskan  pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang tersebut dalam perenggan (b), (c) dan (d) dalam Kawasan Lembaga Pembangunan Tioman.
  • Sultan Ahmad Shah Tioman Eco Challenge
  • Royal Pahang Billfish International Challenge
  • Tioman Surfing Event
  • Kids Scuba Camp
  • Start in Tioman
  • Sail Malaysia Passage To The East

Kawasan pentadbiranya meliputi 21 buah pulau diperairan daerah Rompin termasuk Pulau-pulau Taman Laut, Pulau-pulau Bebas Cukai dan sebuah destinasi pelancongan yang terkenal di dunia iaitu Pulau Tioman

Pulau Tioman telah diwartakan sebagai Pulau bebas cukai pada 18 Ogos 2002 dan berkuatkuasa pada 1 September 2002.

Translate »