Tarikh: 21 dan 22 Julai 2025 (Isnin & Selasa)
Lokasi: Sekitar Gugusan Pulau Tioman
Agensi dan Pihak Terlibat:
1) Pejabat Projek Zon Timur (PLANMalaysia)
2) PLANMalaysia Pahang
3) BPEN Pahang
4) TDA
5) Perunding Tetuan SA Planning Services
Pejabat Projek Zon Timur, PLANMalaysia dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa N. Pahang (PLANMalaysia Pahang) telah mengadakan lawatan tapak di sekitar gugusan Pulau Tioman dan pembentangan Taklimat Pembangunan Pulau Tioman telah disampaikan oleh Cik Marlia, wakil TDA. Program ini merupakan sebahagian daripada proses pengumpulan data perancangan bagi penyediaan Laporan Tinjauan Kajian Semula Rancangan Struktur Negeri Pahang 2040 yang bermula pada April 2025 hingga April 2026. Selain itu, program ini juga turut memfokuskan kepada potensi pembangunan masa hadapan Pulau Tioman sebagai Pulau Tenaga Hijau termasuk penggunaan kenderaan elektrik (EV).