Aktiviti Luncur Ombak yang digemari oleh penduduk kampung dan pelancong di Kampung Juara dan Tekek setiap awal tahun memandangkan musim mosun berakhir.
Keindahan air laut dan kepelbagaian hidupan marin seperti terumbu karang, clown fish, brown moray eel, feather star, penyu agar dan penyu karah menarik perhatian penyelam skuba untuk menjalankan aktiviti ini di kepualauan Tioman.
Melihat keindahan alam laut yang semula jadi, berjinak dengan ikan sejinak rabbit fish, parrot fish dan sekawan damsel fish akan menjadikan memori indah kepada penyelam snorkeling di Pulau-pulau kecil yang terdapat di Tioman contohnya Pulau Tulai.
Bersantai di tepian pantai yang berpasir putihsambil menikmati keindahan alam semulajadi dan matahari terbenam atau menjalankan aktiviti sukan di tepi pantai merupakan salah satu aktiviti popular di Tioman.
Di Kemaskini Pada September 22, 2022 by wsr