TIOMAN

LAMAN WEB RASMI
LEMBAGA PEMBANGUNAN TIOMAN

Piagam Pelanggan

  • Kami komited untuk menjalankan kerja-kerja pemotongan rumput di kawasan awam sebanyak 2 pusingan pada setiap bulan.
  • Kami berjanji menyiapkan proses permohonan projek dan memaklumkan keputusan dalam tempoh 3 bulan dengan syarat segala dokumen yang dikemukakan adalah lengkap.
  • Kami berjanji meluluskan pelan bangunan di bawah undang-undang kecil kawalan bangunan akan diberikan jawapan dalam tempoh 6 minggu dengan syarat segala dokumen yang dikemukakan adalah lengkap.
  • Kami berjanji untuk meluluskan permohonan lesen premis dan lesen iklan dalam masa 14 hari dengan syarat permohonan yang dikemukakan adalah lengkap.
  • kami berjanji mencetak dan menulis resit pembayaran dalam masa 5 minit bagi setiap bil.
  • Kami berjanji mengambil tindakan ke atas aduan awam dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan.
  • Kami berjanji akan membuat pembayaran kepada pembekal dalam tempoh masa 14 hari dengan syarat semua dokumen pembayaran dikemukakan dengan lengkap.
Translate »