TIOMAN

LAMAN WEB RASMI
LEMBAGA PEMBANGUNAN TIOMAN

Kursus Penyelenggaraan Asas Kenderaan

(Last Updated On: 18 July, 2025)

Kursus Penyelenggaraan Asas Kenderaan Lembaga Pembangunan Tioman Dengan Kerjasama JKR Mekanikal Negeri Pahang bermula pada 15 Julai 2025 sehingga 17 Julai 2025 bertempat di Papaya Resort, Kg. Tekek, Pulau Tioman.

Kursus ini telah dikendalikan oleh Encik Sofiyuddin bin Zakaria, Jurutera Mekanikal Daerah, JKR Caw. Kejuruteraan Mekanikal Pahang Barat bersama-sama ahli pasukannya. Para peserta adalah terdiri daripada kakitangan dan Pegawai Lembaga Pembangunan Tioman. Antara yang terlibat merupakan Pegawai Kenderaan Lembaga, Pemandu Kenderaan Lembaga, Pembantu Laut, Pemandu Gantian Kenderaan Lembaga dan Pembantu Tadbir yang terlibat menjaga serta menguruskan dokumen-dokumen dan urusan berkaitan kenderaan-kenderaan  Lembaga.

Pelbagai input dan ilmu pengetahuan telah dikongsi oleh para penceramah yang berpengalaman dan dibantu oleh fasilitator yang tidak lokek berkongsi pengetahuan. Para peserta juga telah terlibat dalam amali penyelenggaraan kenderaan dikawasan lapangan serta pihak penceramah turut menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik dan pengisian slot yang menyeronokkan.

Semoga segala pengalaman dan ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian. Semoga para peserta dapat mengaplikasikan segala ilmu yang diperolehi dalam kehidupan seharian.

Sekalung penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Tioman dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan kursus ini.

23
kk2
kk6
sk1
sk4
sk5

Sekitar kursus

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »