TIOMAN

LAMAN WEB RASMI
LEMBAGA PEMBANGUNAN TIOMAN

(Last Updated On: 8 August, 2023)

Pelancaran Program TDA-BSN Cashless

7 Ogos 2023 : Majlis Pelancaran Cashless Society Pulau Tioman telah diadakan dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Lembaga Pembangunan Tioman serta mendapat sokongan daripada Bank Negara Malaysia (BNM), Malaysia Productivity Corperation (MPC), Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia dan Jabatan Perikanan Malaysia.

Majlis yang diadakan di Kompleks Terminal Kampung Tekek ini telah dihadiri oleh;

  • Ketua Pegawai Eksekutif BSN, Encik Jay Khairil Jeremy bin Abdullah 
  • Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Tioman, Dato’ Idros Yahya
  • Pengarah Jabatan LINK dan Pejabat BNM, Encik Thomas Tan Koon Peng
  • Pengarah MPC, Dr. Mohd. Norjayadi Tamam
  • Pengarah Jabatan Rangkuman Kewangan BNM, Encik Nor Rafidz Nazri
  • Rakan niaga BSN serta penduduk tempatan.
Program ini diperkenalkan bagi mewujudkan budaya niaga berakaun dan tanpa tunai yang dapat membantu peniaga menguruskan kewangan dengan lebih baik. Juga, bagi memudahkan para penduduk dan pelancong berbelanja tanpa menggunakan wang tunai.
Istimewa bagi penduduk Pulau Tioman, BSN memperkenalkan Kad Debit BSN Pulau Tioman edisi terhad berlatarbelakangkan Gunung Nenek Semukut, Pulau Tioman
Translate »