Mesyuarat Lembaga Pengarah Lembaga Pembangunan Tioman Kali Ke-45 (Bil.1/2023) telah diadakan pada 17 Januari 2023 bertempat di Bilik Gerakan Negeri, Tingkat 7, Blok B, Wisma Sri Pahang, Kuantan. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Menteri Besar Pahang YAB. Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail merangkap Pengerusi Lembaga Pengarah Lembaga Pembangunan Tioman.
Mesyuarat bertujuan membincangkan hala tuju dan pembangunan yang lebih dinamik bersesuaian kehendak penduduk setempat dan menjadikan Pulau Tioman sebagai destinasi pelancongan yang akan menyumbang ke arah masa depan industri pelancongan lebih baik serta mampan.
Ahli Lembaga Pengarah yang hadir iaitu:
YBhg. Datuk Mohd Zamri bin Mat Zain
Encik Muhammad Azlan bin Zakaria
YH. Dato’ Sri Haji Wan Abdullah bin Haji Wan Salleh
YH. Dato’ Sri Maznah binti Mazlan
YB. Kapt (B) Dato’ Sri Haji Mohd Johari bin Haji Hussain
YH. Dato’ Haji Md. Rusli bin Ismail
Y.Bhg. Datin Hajah Shamsiah binti Haji Arshad
Mesyuarat turut dihadiri oleh Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Tioman, YH. Dato’ Haji Idros bin Yahya, YH. Dato’ Ahmad Nasim bin Dato’ Haji Mohd Sidek, Pegawai Daerah Rompin dan Pengurusan Tertinggi Lembaga Pembangunan Tioman.