Tarikh: 06 – 08 Mei 2025
Tempat: Kampung Tekek, Kampung Air Batang, Kampung Mukut, Kampung Paya dan Kampung Juara
Program Hari Bertemu Pelanggan Lembaga Pembangunan Tioman telah berlangsung dengan jayanya hasil kerjasama strategik antara Tioman Development Agency (TDA), Pusat Kutipan Zakat dan Wakaf Pahang, PERKESO dan SASMEC@ IIUM. Salah satu inisiatif utama dalam program ini ialah pelaksanaan Klinik Bergerak oleh SASMEC@ IIUM dan Klinik Kesihatan Tekek yang bertujuan memberikan perkhidmatan kesihatan terus ke rumah pesakit di sekitar Kampung Tekek, Air Batang, Mukut, Paya dan Juara.
Program yang berlangsung selama tiga hari ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat. Seramai 60 orang pesakit telah dikunjungi di kediaman masing-masing.
Tujuan utama pelaksanaan lawatan ke rumah ini adalah bagi memudahkan pesakit mendapatkan rawatan dalam suasana yang lebih selesa dan tidak terlalu formal. Interaksi yang lebih mesra dan terbuka antara pesakit dan petugas kesihatan juga telah membolehkan pelbagai keperluan pesakit dikenal pasti dengan lebih mendalam. Berdasarkan hasil lawatan ini, pihak SASMEC@ IIUM akan merancang kunjungan susulan secara berkala bagi memastikan kesinambungan rawatan dan kesejahteraan pesakit.
Program ini bukan sahaja meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan tetapi juga mencerminkan semangat kerjasama pelbagai agensi dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat di Pulau Tioman.