09 – 10 OKTOBER 2022
Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Lembaga Pembangunan Tioman melakar sejarah apabila pertama kali mengadakan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di dasar laut, Pulau Tumok,Tioman Pahang.
Kerjasama ini bakal memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak dalam usaha membangun organisasi terutama dalam hal-hal berkaitan penyelidikan, pembangunan dan program bersama masyarakat di Tioman.
Majlis menyaksikan Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Tioman, Dato’ Haji Idros Yahya dan Pengurus Khidmat Pengurusan, Nor Zaihan Othman menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Naib Canselor UMP, Prof Dato’ Ts Dr Yuserrie Zainuddin dan Penolong Naib Canselor Bahagian Kolaborasi Industri dan Masyarakat UMP, Profesor Madya Ir Dr Nurul Hazlina Noordin.
Hadir sama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alimnii), Profesor Ts. Dr. Mohd Rusllim bin Mohamed, Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal Dan Automotif,Prof Dr. Mahadzir Ishak@Muhammad dan Pengurus Kanan Pejabat Naib Canselor,Abd Rahman Hj Safie.