📍 KURSUS ADVENTURE PARKS INSTRUCTOR COURSE (APIC) GUNUNG NENEK SEMUKUT & BASIC LIFE SUPPORT (FIRST AID, CPR & AED)
20 – 24 Julai 2026 | Kampung Mukut, Pulau Tioman
Lembaga Pembangunan Tioman (TDA) telah menganjurkan Kursus Adventure Parks Instructor Course (APIC) Gunung Nenek Semukut dan Kursus Basic Life Support (First Aid, CPR & AED) pada 20 hingga 24 Julai 2026 di Kampung Mukut, Pulau Tioman, melibatkan penyertaan 30 orang pemandu pelancong alam semulajadi (Nature Guide) dan penduduk tempatan di Pulau Tioman.
Kursus ini bertujuan meningkatkan kompetensi, kemahiran dan tahap keselamatan jurupandu dalam mengendalikan aktiviti pendakian serta Via Ferrata Gunung Nenek Semukut. Para peserta telah mengikuti latihan teori dan praktikal meliputi aspek teknikal, pengurusan risiko serta kemahiran asas menyelamat termasuk First Aid, CPR dan AED.
Penganjuran kursus ini merupakan usaha TDA dalam melahirkan jurupandu yang kompeten dan bertauliah, sekali gus memperkukuhkan imej Pulau Tioman sebagai destinasi pelancongan pengembaraan yang selamat, berkualiti dan berstandard tinggi.
#PulauTioman #APIC #BasicLifeSupport #FirstAid #CPR #AED #ViaFerrata #GunungNenekSemukut #AdventureTourism #VisitMalaysia2026