TIOMAN

LAMAN WEB RASMI
LEMBAGA PEMBANGUNAN TIOMAN

Gotong Royong

(Last Updated On: 18 December, 2021)

Pada tarikh 16-17/12/2021 Lembaga Pembangunan Tioman telah mengadakan program gotong royong membaiki jalan utama di Kampung Air Batang dan kerja pembersihan titik curahan akhir (final discharge) di Pusat Taman Laut, Kampung Tekek disebabkan fenomena air pasang besar yang telah mengakibatkan jalan utama di kampung Air Batang rosak serta mengakibatkan longkang di Pusat Taman Laut tersumbat. Seramai 30 orang yang telah turut sama membantu menjayakan program gotong-royong tersebut, antara agensi yang terlibat adalah pihak Lembaga Pembangunan Tioman seramai 10 orang, wakil dari pihak Bomba seramai empat orang, wakil pihak Alam Flora tujuh orang, wakil Pusat Taman Laut dua orang dan wakil JPKK tujuh orang. Gotong-royong ini telah berlangsung selama dua hari, kesemuanya memberi kerjasama yang baik dan semuanya berjalan lancar. Pihak Lembaga mengucapkan setinggi-tinggi pehargaan kepada mereka yang terlibat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Translate »